Monday, June 23, 2014

mekap bersanding mazura.

Assalamualaikum.


7.6.14 saya mekap mazura untuk majlis bersanding.


sebelum dan selepas mekap.
mazura request nak mekap yang natural sweet2 saja.


setelah sekian lama tak buat teknik hide kening guna gam,kali ni saya buat semula untuk mazura.
jadi kening ni tak cukur,saya hide guna teknik gam dan saya lukis supaya kemas terbentuk.
eyeshadow saya gabungkan warna2 lembut supaya nampak sweet dan tak over.
pipi dan bibir campur2 warna sampai jadi pink macam ni.




siap dah.baju cantik.tapi macam biasa lah mesti tak sempat atau lupa nak ambil gambar full..haha.
terima kasih sanggup mai mekap dari jauh,minta maaf kalau ada salah dan silap.


gambar ni saja nak close-up sikit kening tu.perbezaan antara sebelum dan selepas saya hide guna teknik gam.sebelumya bulu kening selerak dan nampak jelas kat tepi2 kening kan? nampak tak kemas.
gambar kanan selepas dah buat teknik gam dan saya lukis semula kening.
nampak bersih dan kemas terbentuk macam cukur kan? tapi tak cukur tau !


ni pulak perbezaan kening mazura antara mekap nikah hari tu dan mekap bersanding.
 gambar kiri waktu nikah.saya bentuk semula kening tanpa hide guna teknik gam.
bulu kening tepi2 tu masih nampak dengan jelas kan? ada sesetengah orang lagi banyak
 bulu kening kat tepi tu.
gambar kanan pula mekap bersanding.saya hide guna teknik gam dan lukis semula kening.
nampak lebih bersih dan kemas ;)


sebenarnya saya belajar semula buat teknik gam ni dari tok guru baru...
tok guru laki pulak tu..haha..alhamdulilah jadi elok.
dulu saya pernah belajar teknik gam dan buat kat customer,tapi hasilnya tak elok sangat..teknik pun lain dari yang baru belajar ni.sebab tu saya tak buat dah.tapi memandangkan sekarang saya dah belajar teknik yang baru dan boleh buat dengan cantik(alhamdulilah..bukan riak tau),so lepas ni kalau ada customer yang keningnya tebal dan berselerak,boleh la saya buat teknik ni..tapi dengan persetujuan customer jugak lah.
saya akan tanya customer dulu nak buat atau tak,jadi saya hanya akan buat kalau customer setuju :)


untuk booking mekap dan belajar mekap ada 3 cara:-
sms/whatsapp: 012-4141421(jangan call).
email: fabulousiti.bnc@gmail.com
*kami galakkan untuk sms atau whatsapp sebab lagi cepat kami reply.
*bagitau sekali nak mekap untuk acara apa dan tarikh majlis tu bila.

like fanpage kami di:

follow instagram kami di:

tq.

No comments: