Thursday, November 27, 2014

mekap bertunang norhaslinda.

Assalamualaikum.


25.10.14 saya mekap norhaslinda untuk majlis bertunang.



sebelum dan selepas mekap.
mekap natural saja.sekarang ni saya memang selalu buat natural.rasa macam tak sampai hati nak buat mekap over kat customer.rasa macam lebih baik buat mekap natural yang naikkan seri, serlahkan kecantikan semulajadi mereka dan nampak flawless berbanding mekap guna warna dan teknik yang over.nanti hasilnya pun nampak over sangat.tapi tak tentu juga la kan, mekap pun ikut keadaan.kadang kadang buat jugak mekap yang 'lebih' sikit hehe :p



kening tak cukur.buat teknik gam dan bentukkan senatural yang mungkin.
eyeshadow campur pink,gold,coklat dan blend sekali.
eyeliner hitam untuk kelopak mata atas, bulu mata palsu natural, eyeliner campur campur warna untuk bawah mata dan maskara hitam sapu di bulu mata atas dan bawah.
pipi pink samar dan bibir campur pink yang natural dengan pink gelap gelap sikit.



terima kasih mai mekap,minta maaf kalau ada salah dan silap.
selamat bertunang ya :)


untuk booking mekap dan kelas mekap:
sms/whatsapp 012-4141421(jgn call).


like page kami:

follow instagram kami:

tq.

No comments: