Thursday, March 26, 2015

kelas mekap kedah: kelas mekap advance kak syira

Assalamualaikum.


baru-baru ni saya ajar kelas mekap advance untuk kak shahira
kak shahira pilih kelas mekap advance sebab nak tambah service mekap kat spa dia di melaka.
sebenarnya kak shahira dah pernah mai belajar mekap kat saya dulu, tapi tu mekap basic sahaja.
kali ni belajar banyak sikit sebab nak buat bisnes kan :)
sapa2 yang dok melaka dan kawasan terdekat sila lah pi buat rawatan kat spa kak shahira
Aleesha Beauty House di sg udang melaka.

kelas berlangsung selama dua hari sebab belajar mekap basic, 4 teknik mata, satu teknik rambut dan satu teknik mekap yang saya bagi extra secara percuma.
secara keseluruhannya, untuk kelas advance yang ni saya akan ajar 5 teknik.
anda boleh pilih nak belajar berapa teknik mekap mata dan rambut.
ada sesetengah orang pilih 3 teknik mata, 2 teknik rambut.atau 4 teknik mata dan 1 teknik rambut.
kalau masa mengizinkan saya akan ajar teknik lain secara percuma.
asas bedak, shading dan produk apa yang bagus tu semua dah termasuk dalam kelas ni ya :)


HARI PERTAMA

terima kasih kat kawan saya robeq sebab sudi tolong jadi model untuk demo mekap.
saya tunjuk kat sebelah muka dan sebelah lagi student kena buat sendiri.


robeq sebelum dan selepas di mekap.
ini untuk teknik mekap mata yang pertama.sebelah saya demo, sebelah lagi student buat.


ini untuk teknik mekap yang kedua.
sorry lah beq, terpaksa create tudung palesu kat hang hehe.


HARI KEDUA

teknik mekap mata ketiga.
sama jugak, sebelah saya demo, sebelah lagi student buat.
tapi sebelum tu asas mekap seperti foundation, bedak,shading,kening,lipstick, saya bagi student yang buat dengan bimbingan saya.ni untuk praktikal la.


teknik mata keempat.
teknik ni saya jarang buat tapi saya ajar jugak sebab kalau pi belajar mekap advance kat mana2 pun mesti cikgu mekap akan ajar teknik ni jugak.teknik ni glamer kat indonesia.
sorry, rasanya anda tak berapa nampak kot sebab kalau tutup mata baru nampak teknik
 dia macam mana.


untuk teknik rambut saya ajar buat sanggul yang simple dan boleh ubahsuai untuk apa2 ja acara.
student pun cakap senang nak buat.tapi maaf lah rambut patung tu nampak tak berapa kemas sebab rambut dia keras dan kejung haha.sebelum2 ni lepas guna saya tak cuci balik rambut patung ni, habis dia keras sebab kena spray sejak bertahun dulu.


ni lah kak shahira.untuk teknik mekap extra yang saya bagi free, saya demo kat sebelah muka akak ni sendiri dan sebelah lagi kak shahira buat.habis kelas dapat lah sijil.selain sijil student juga akan dapat module teknik2 mekap.


kepada kak shahira, terima kasih mai belajar mekap.
minta maaf kalau ada salah dan silap.memang meriah buat kelas mekap dengan akak dan robeq.
praktis selalu tau supaya mahir..semoga akak berjaya dalam bisnes.
insyaallah ada rezeki dan panjang umur kita jumpa lagi.



saya ada buat kelas mekap personal.ada beberapa jenis dan harga.
untuk pertanyaan atau booking boleh sms atau whatsapp 012-4141421(jangan call).
*mekap dan kelas mekap area kulim, kedah.



like page kami di:


follow instagram kami di:


tq.

No comments: