Sunday, July 26, 2015

mekap outdoor photoshoot cce

Assalamualaikum.



31.5.15  hari bersanding adik saya.pagi tu mekap bersanding, petangnya lepas habis solat saya buat mekap simple pula untuk dia pergi outdoor photoshoot.untung la ada kakak jurusolek, boleh mekap banyak kali kan? hehe.


p/s: tudung yang cce pakai ni keluaran kami sendiri, fabulousiti beauty & closet.
muncung senang jadi :)


sebelum dan selepas mekap.
memandangkan dah petang dan outdoor photoshoot pun bukan lama sangat kan, so saya buat mekap simple ja untuk cce.warna saya guna yang terang sikit, tapi teknik mekap saya buat yang simple dan cepat.



kening tak cukur dan tak buat teknik gam.saya kemaskan kening guna teknik simple ja.
eyeshadow saya guna jenis yang 3D, bila kena cahaya dia jadi tone yang berlainan.ada nampak gold, pink dan purple.saya campur sikit dengan coklat gelap.highlight warna cerah.
kali ni tak letak bulu mata palsu, cuma sapu maskara hitam untuk bulu mata atas dan bawah.
celak warna hitam garis nipis untuk atas mata dan warna coklat untuk bawah mata.
pipi saya letak merah samar.
bibir saya tanya cce "nak warna merah dak?" dia kata "boleh gak".terus saya letak merah terang gini.nampak macam merah oren kan? tapi sebenarnya merah cili.



gambar dengan flash dan tanpa flash.



untuk tempahan mekap atau berminat nak belajar mekap boleh sms atau whatsapp
012-4141421(jgn call).
mekap area kulim, kedah.


like page kami di:

follow instagram kami di:


tq.

No comments: