Friday, January 29, 2016

kelas mekap advance amirah

Assalamualaikum.


kelas mekap advance full makeup+ 2 jenis teknik mekap mata
tarikh: 23.1.16
client/student: amirah.


23 januari saya buat kelas mekap personal untuk amirah.amirah pilih kelas mekap advance yang ajar full makeup+ 2 teknik mekap mata.memandangkan ini kelas advance, so saya ajar dan tunjuk produk2 yang memang saya guna untuk mekapkan client.


tak ada model, so kak nurul jadi mangsa lagi haha.yang ini teknik pertama yang saya ajar.nampak simple tapi kalau tahu teknik yang betul memang boleh beri impak yang besar pada wajah seseorang.
sebelah muka saya mekap(demo), dan sebelah muka lagi amirah yang mekap untuk sesi praktikal.
kening tak cukur tau.kening kak nurul memang jenis nipis dan jarang.saya ajar buat kening tanpa cukur dan tanpa teknik gam.kalau untuk kening tebal pun boleh ja buat teknik yang sama.. yang penting tahu caranya.meh la join kelas mekap, saya ajar dari A sampai Z hehe.


ini pulak teknik mekap mata yang kedua.teknik ni agak trend lah sekarang ni.sebelah muka saya mekap untuk demo dan sebelah lagi amirah mekap untuk praktikal.
kalau anda nak request apa2 teknik mekap mata pun boleh.pilih jenis kelas mekap yang anda mahu(saya akan bagitau jenis2 kelas mekap yang boleh anda pilih), lepas tu bagitau saya anda nak belajar teknik yang macam mana atau pun boleh ja serah kat saya untuk ajar apa2 teknik.selalunya saya akan ajar teknik yang terkini(menjadi trend) dan dalam masa yang sama sangat mudah dibuat dan sesuai untuk semua jenis bentuk mata dan acara.


amirah sedang mekapkan kak nurul untuk sesi praktikal.good luck amirah.. kerap praktis tau baru lagi terer..insyaallah.


kalau join kelas mekap saya akan bagi sijil penyertaan dengan module teknik mekap.



terima kasih amirah mai belajar.minta maaf kalau ada salah silap.baguih belajar kemahiran ni tau.di masa yang akan datang kita boleh buat side income ka kan? atau boleh mekap diri sendiri dan orang2 terdekat.dah boleh jimat kat situ.


kalau anda berminat nak join kelas mekap dengan saya, boleh whatsapp pertanyaan atau booking di nombor 012-4141421(jgn call).
*lokasi di kulim, kedah.


kelas personal tau bukan ramai2 tu.senang lah nak paham sikit kan.lepas tu saya ajar secara santai ja.saya bukan orang yang serius atau garang.so jangan takut jangan segan naahh.
ada lebih kurang 4 jenis kelas mekap yang anda boleh pilih sendiri.harga pun berlainan ikut jenis kelas yang dipilih.whatsapp tau untuk sebarang pertanyaan :)


thank you.




Friday, January 8, 2016

mekap nikah sharmilie

Assalamualaikum.


mekap
tarikh: 1.1.16
client: sharmilie
acara: nikah


sebelum dan selepas mekap.client pertama untuk tahun 2016 ni ^^
request mekap soft2.


gambar ni guna cahaya semulajadi tanpa studio lighting.
kening tak cukur dan tak buat teknik gam.bentukkan kemas2 ikut shape kening yang asal.
eyeshadow letak coklat lembut dengan gold cerah.
eyeliner hitam garis atas dan bawah mata.
tak letak bulu mata palsu, cuma sapu maskara hitam dekat bulu mata atas dan bawah.
pipi letak pink lembut.
bibir campur2 lip liner, lipstick, lip cream dan lip gloss warna peach campur pink.


gambar ni guna studio lighting.
client tak bawak baju pengantin, so tak bersiap kat tempat saya :)
terima kasih mai mekap, minta maaf kalau ada salah dan silap.



thanks sangat2 :)


sebarang pertanyaan/booking mekap/kelas mekap personal: whatsapp 012-4141421(jgn call).
*booking mekap dan kelas mekap personal untuk tahun 2016 dah dibuka.
*saya jurusolek wanita area kulim kedah dan terdekat.





tq.

Tuesday, January 5, 2016

mekap bersanding banan syahidah


Assamalamualaikum.


mekap
tarikh: 27.12.15
client: banan syahidah
acara: bersanding


lupa nak ambil gambar sebelum mekap..heehee.gambar ni guna studio lighting.
request mekap natural.


gambar guna cahaya semulajadi.
kening tak cukur dan tak buat teknik gam.kemaskan bentuk kening yang asal ja.
cahaya over, eyeshadow tak berapa nampak pulak dalam gambar ni.sebenarnya eyeshadow saya letak soft2 ja dan tak heavy.saya campur warna coklat dengan gold pink.higlight guna shimmer powder.
eyeliner hitam garis atas mata dan eyeliner coklat di bawah mata.
tak letak bulu mata palsu, cuma sapu maskara hitam dekat bulu mata atas dan bawah.
pipi letak blusher pink samar.
lipliner, lipstick dan lipgloss campur2 warna sampai jadi soft pink.


kan dah cakap cahaya over T__T
apa2 pun thanks banan mai mekap.minta maaf kalau ada salah dan silap.


sebarang pertanyaan/booking mekap/kelas mekap personal: whatsapp 012-4141421(jgn call).
*booking mekap dan kelas mekap personal untuk tahun 2016 dah dibuka.
*saya jurusolek wanita area kulim kedah dan terdekat.





tq.